About Blog

My photo
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini khusus kepada mereka yang baru berjinak-jinak membela kucing. Tujuan blog ini diwujudkan berdasarkan pengalaman Sempoiii yang mengalami kesulitan pada peringkat awal membela kucing kesayangan (Boboi, Apek, Memey, Siti & Kitty) dan susah mendapat panduan sehingga tertipu. Kata orang, "Orang bodoh jadi mainan orang cerdik". Blog ini cuba disusun mengikut langkah demi langkah apa yang perlu diketahui tentang kucing dan cara/teknik membelanya. Tapi sepertimana dalam entri pertama, Sempoiii dah sebut, bukanlah kewujudan blog ini menunjukkan Sempoiii seorang yang pakar tentang kucing. Hanya perkongsian demi seorang pencinta kucing. Semoga bermanfaat.

29.12.11

SAYANGI KUCING & JAGA KESIHATAN

Kucing juga mendapat penyakit seperti demam dan selesema. Pada kucing, ia dipanggil selesema kucing. Tapi pada anjing ia dipanggil kennel cough dan parainfluenza. Setiap satunya berpunca daripada bakteria atau virus yang berlainan. Sekerap mana kucing anda perlu diperiksa kesihatannya? Jawapannya mudah, sekiranya kucing anda tidak mempunyai masalah kesihatan serius, biasanya ia boleh dibawa ke klinik haiwan satu atau dua bulan sekali sahaja.

Tetapi jika sakit yang serius, ianya mungkin perlukan rawatan harian atau mingguan. Klinik haiwan kesayangan biasanya mempunyai tempat untuk meletakkan haiwan mereka sepanjang rawatan jika diperlukan. Seperti yang Sempoiii infokan sebelum ini, kucing juga seperti seorang bayi, ia memerlukan suntikan khas pada peringkat usia mereka yang dipanggil suntikan vaksin.

Jika dikira daripada konteks kucing, memberikan 'apa saja' makanan kepada haiwan peliharaan adalah cara yang tidak benar sama sekali. Jika kita memberi kucing makan nasi, ia sama seperti kita memberi lembu makan ikan dan daging sedangkan itu bukan makanan mereka. Kucing adalah tergolong haiwan karnivor, jadi ia memerlukan daging dan ikan (sumber protein, kalsium dan fosforus), bukannya nasi iaitu sumber karbohidrat.

Setiap binatang mempunyai perbezaan tersendiri dan tidak boleh disamakan. Susu juga sering disalahertikan kepentingannya pada kucing. Susu yang diminum oleh manusia ialah susu lembu yang sudah diproses atau disterilkan. Ia boleh diberi minum cuma jangan dalam kuantiti yang banyak dan kerap kerana boleh menyebabkan kucing anda cirit-birit. Adalah tidak digalakkan pemberian susu kepada kucing kecuali jika terpaksa seperti dalam kes anak kucing yang kehilangan ibu. Anda dicadangkan untuk membeli susu gantian khas untuk kucing yang ada dijual di'kedai haiwan peliharaan atau klinik haiwan.

Ada juga pemilik yang memberikan ubat demam manusia kepada kucing tanpa bertanya kepada doktor veterinar terlebih dulu, semata-mata untuk menjimatkan kos ke klinik veterinar. Perbuatan ini boleh menyebabkan keracunan pada kucing kerana hati kucing tidak mempunyai enzim yang boleh mencernakan ubat itu, jadi ia boleh menyebabkannya berkumpul dalam sistem badan dan merosakkan hati kucing. Jika lambat dirawat atau kerap diberikan ubat demam terbabit, kucing boleh mati akibat keracunan.

Ramai di'kalangan kita yang sayangkan kucing dan suka memelihara kucing (termasuk Sempoiii la), tetapi tidak tahu cara pemeliharaan yang betul. Harus diingat, memelihara kucing adalah untuk seumur hidup mereka. Apabila anda membuat keputusan untuk memelihara seekor atau lebih haiwan, maka fikirkan bahawa ia sentiasa memerlukan perhatian anda, tidak kira sama ada ia adalah kucing, anjing, lembu, kambing, ikan, kuda dan haiwan2 peliharaan lain. Anda tidak boleh memelihara kucing, kemudian bila rasa tidak menyukainya atau bosan, maka anda mengabaikannya. Ia adalah makhluk yang bernyawa dan tidak boleh dilayan seperti objek. Sayangilah kucing anda dan jalankan tanggungjawab sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang sempurna dan berperikemanusiaan.

Harus diingat bahawa ada sesetengah penyakit kucing yang boleh berjangkit kepada manusia. Lazimnya, ia lebih mudah berjangkit kepada mereka yang lemah tahap keimunan badan seperti kanak-kanak, bayi, orang tua, ibu mengandung dan pesakit Aids. Contohnya, penyakit Toxoplasmosis pada kucing boleh menjangkiti manusia jika kita termakan makanan yang tercemar dengan najis kucing yang dijangkiti atau melalui tangan kita yang tersentuh najisnya. Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran pada seseorang wanita mengandung.

Oleh itu, penting untuk kita membasuh tangan sebersih-bersihnya selepas kita menyentuh haiwan apa sekalipun. Bagi mereka yang berpenyakit lelah, bulu kucing biasanya mempunyai habuk dan sel mati yang boleh menyumbang kepada serangan lelah itu sendiri. Tetapi penyakit selesema dan batuk kucing tidak boleh menyebabkan selesema dan batuk kepada manusia.

Ada lagi satu penyakit kulit yang disebabkan oleh fungus yang juga boleh menjangkiti manusia iaitu Sporotrichosis pada kucing. Sila buat rawatan segera sekiranya kucing anda mengalami masalah kurap kemerahan yang berair dan anda juga mengalami simptom yang sama.

KENAPA PERLU SUNTIKAN VAKSIN?

Ada sesetengah orang mengatakan, "Saya pun bela kucing jugak, tapi takde pun sampai nak bawak kucing dan habiskan duit ke klinik atau veterinar untuk suntik vaksin. Kucing saya ok je." Persoalannya, jika betul.. adakah anda pasti kucing anda betul2 ok? Sihat? Bagaimana dengan jangka hayat kucing tu pulak?

Suntikan VAKSIN sebenarnya menjadi isu juga kepada pembela kucing, malahan kadangkala ianya diragui. Diragui sebenarnya bukan disebabkan ketidakberkesanan suntikan vaksin tu, tapi ianya disebabkan siapa yang menyuntik dan ubat bagaimana yang digunapakai. Malah, sesama doktor haiwan pun berbalah tentang isu vaksin ni. Biasalah manusia, ada yang nak kaya cepat, jadi.. menipu orang pastilah langkah terbaik yang dilakukannya.

VAKSIN ialah sejenis virus, tetapi virus itu telah dilemahkan bertujuan untuk memberikan antibodi kepada kucing yang disuntik. Antibodi tersebut yang akan memberi perlindungan kesihatan kepada kucing supaya terhindar dari penyakit. Tapi perlu diingat, bukanlah bermaksud setelah disuntik kucing tersebut tidak langsung kena penyakit, cuma risiko dijangkiti penyakit2 yang membawa maut tiada.

Biasanya anak kucing bercerai susu ketika berumur 8 minggu, jadi kucing yang berumur 7 – 9 minggu sudah boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang diterima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh diberikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat. Jika suntikan dibuat terlalu awal dari tempohnya, antibodi daripada susu ibunya akan menyebabkan vaksin tidak berfungsi.

Jadual vaksinasi kucing:

Umur 7-9 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
-Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi Rabies

Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda hanya setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu diulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit. Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah:

-Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
-Rhinotracheitis dan Calicivirus
-Chlamydia
-Feline Leukemia
-Rabies

Ingat, semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada kucing.


Kos vaksinasi bergantung kepada klinik atau vet yang dikunjungi. Setakat ini harga termurah yang Sempoiii lakukan suntikan vaksin (vet swasta) berharga RM35 untuk seekor kucing dan termahal berharga RM55 seekor. Kalau nak murah boleh buat di klinik/hospital veterinar kerajaan, RM20 pun boleh dapat.

Berdasarkan pengalaman Sempoiii, susahnya untuk mencari kat mana klinik haiwan atau vet yang berdekatan. Jadi insya Allah di'entri2 akan datang nanti, Sempoiii akan cuba mencadangkan lokasinya terutamanya yang beroperasi di'sekitar Lembah Kelang ni.

Hmm.. apa salahnya berbelanja sedikit wang untuk kesihatan kucing kesayangan kita, kan...? :)

P.S: Oh ya sebelum terlupa, pastikan sebelum anda membeli kucing daripada individu atau petshop, minta kad kesihatan kucing tu daripada mereka. Lihat rekod sama ada kucing tersebut telah divaksin atau tidak. Kalau hanya tanya, diorang akan jawab, "..saya dah buat vaksin". Sempoiii pernah tertipu dua kali semasa membeli kucing (masa tu sangat dhaif ilmu), dah beli baru diberitahu oleh doktor vet supaya minta kad. Satu beli melalui internet, satu lagi beli di pameran kucing melalui ajk Kelab Kucing Malaysia (KMM).. dia yang cakap la, masa tu pun nampak dia mcm urusetia pameran tu. Itu yang terkilan sgt, sepatutnya dia yg nasihatkan org supaya tidak menipu.

Bila minta, kedua-dua owner bagi mcm2 alasan, kad hilang la.. kad ada cop sulit la.. so kata doktor tu, biasanya yang bagi alasan mcm tu diorang tak buat vaksin pun pada kucing tu, menipu je. Jadi berhati-hati semasa membeli.

26.12.11

KUCING PEDIGRI/PEDIGREE CAT


Baiklah, kali ni Sempoiii nak bercerita sedikit tentang kucing Pedigri (Pedigree). Bagi mereka yang tak berminat dengan kucing, tentu tak pernah dengar pun apa dia Pedigri ni. Tapi jika dah mula berminat dengan kucing lebih serius, perkataan Pedigri/Pedigree ni akan jadi terbiasa dan sering dengar.

Secara mudahnya Pedigri bermaksud keturunan atau salasilah. Ini bermakna kucing pedigri adalah kucing yang diketahui baka keturunannya & asalnya secara sah, kucing2 ini mempunyai sijil kelahiran atau sijil pengesahan daripada persatuan kucing antarabangsa seperti CFA (The Cat Fanciers' Association) atau TICA (The International Cat Association Inc).

Kucing2 pedigri bukan datangnya dari baka yang bercampur. Tanpa sijil pengesahan, kucing tersebut tidak layak diiktiraf sebagai pedigri. Kucing2 begitu hanya boleh dikelaskan sebagai Mix Breed, DSH (Domestic Short Hair) atau DLH (Domestic Long Hair) sahaja, walaupun kucing tersebut nampak semacam kucing Persian yang tulen.
Berikut kucing2 pedigri (ikut susunan abjad) yang diiktiraf oleh CFA:

A - Abyssinian - American Bobtail - American Curl - American Shorthair - American Wirehair
B - Balinese - Birman - Bombay - British Shorthair - Burmese
C - Chartreux - Colorpoint Shorthair - Cornish Rex
D - Devon Rex
E - Egyptian Mau - European Burmese - Exotic
H - Havana Brown
J - Japanese Bobtail - Javanese
K - Korat
L - LaPerm
M - Maine Coon - Manx
N - Norwegian Forest Cat
O - Ocicat - Oriental
P - Persian
R - RagaMuffin - Ragdoll - Russian Blue
S - Scottish Fold - Selkirk Rex - Siamese - Siberian - Singapura - Somali - Sphynx
T - Tonkinese - Turkish Angora - Turkish Van

Semoga selepas mengetahui perkara sebegini, anda tidak tertipu dengan kebanyakan individu atau pemilik petshop yang mengakui bahawa kucing yang dijual itu pedigri sedangkan tiada sebarang sijil pengesahan yang diiktiraf.Adakah kucing anda pedigri? :)

24.12.11

MATIC FUN CAT SHOW 2011

Esok (25 Disember) pastinya semua penganut Kristian meraikan Krismas. Bagi anda yang tidak meraikan apa2, terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang atau sekarang sedang bercuti di Kuala Lumpur, apa kata kalau membawa keluarga bersama berkunjung ke Matic (Malaysia Tourism Center-Pusat Pelancongan Malaysia) yang bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk melihat gelagat dan kecomelan kucing2 dalam MATIC FUN CAT SHOW 2011 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pelbagai jenis kucing dapat dilihat kerana ia melibatkan pameran dan pertandingan kucing, tentulah bukan kucing biasa2.. kucing2 yang layak bertanding telah dikategorikan seperti The Most Handsome Male, The Most Adorable Female, The Most Outstanding Neuter, The Most Purring Cat, The Most Unique Pattern, The Most Longest Whiskers, The Most Fluffy Hair, The Most Active Cat, The Most Vocal Cat, The Most Purrring Kitten, The Most Cutest Kitten, The Most Playful Kitten & lain2 lagi.

Inilah peluangnya untuk lihat kucing yang montel, panjang, besar, bulu lebat sampai nak tutup mata, yang takde bulu/mcm anjing, mcm harimau dan macam2 jenis lagi.

Difahamkan semua jenis kucing dibenarkan utk menyertai sama ada pedigri, domestic, DLH atau house cat. Peta lokasi boleh rujuk di'link berikut:

Matic, Jalan Ampang (Alamat & Peta Lokasi)

Hmm... jadi apa lagi, jom... inilah masanya utk bersiar-siar bersama keluarga.. Sempoiii insya Allah sampaiii... hehe..

BERHATI-HATI MEMBELI KUCING KESAYANGAN

Tentu ada antara rakan2 pembaca yang sedang mencari-cari kucing kesayangan untuk dibela, kan? Biasanya pembeli akan mencari kucing2 tersebut melalui internet seperti iklan2 di laman web jualan Mudah, blog2 berkaitan atau seumpamanya. Namun ada juga pembeli yang mencari kucing untuk dibeli di petshop atau terus melalui rakan2.

Tidak kiralah bagaimana cara sekalipun anda mahu mencari dan membeli kucing kesayangan tersebut, yang penting anda jangan tertipu dengan omongan kosong sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Baiklah, berikut panduan yang anda boleh ikuti sebelum mengeluarkan duit ribuan ringgit untuk membeli kucing idaman:

1. Jika pemilik petshop atau individu yg menjual kucing mengatakan bahawa kucing tersebut dari jenis Persian, Maine Coon atau mana2 kucing Pedigri.. sila minta sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh persekutuan kucing sedunia seperti CFA atau TICA sebagai bukti. Pastikan anda membeli kucing Pedigri dan bukannya kucing kacukan (mix) kalau benar2 mahu kucing yang berbaka baik.

Kebiasaannya kucing yang berada di petshop adalah kucing campuran yang dipanggil Domestic Long Hair (DLH) atau Domestik Short Hair (DSH). Pemilik petshop akan mengatakan bahawa kucing yang ada di'kedai mereka adalah asli (pure) Persian, Garfield, Maine Coon dan pelbagai lagi, tetapi tidak mempamerkan sijil kelahiran atau sijil pengiktirafan daripada CFA atau TICA. Jika demikian, kucing itu hanya domestic sahaja.

Apa yang menyakitkan ialah bila harga ditetapkan sehingga ribuan ringgit walaupun kucing itu bukannya asli daripada baka sebenar. Malahan ada di'antaranya tidak membuat sebarang rekod vaccination atau health guarantee.

2. Pastikan kucing yang anda mahu beli mempunyai rekod vaccination, deworm dan sijil/kad kesihatan. Ingat bahawa sesetengah penyakit kucing boleh berjangkit dan membawa maut, oleh itu pastikan kucing yg dibeli benar2 sihat sejahtera. Pastikan persekitaran petshop/rumah penjual bersih. Kucing yang tidak dijaga rapi atau tidak diberi kasih-sayang oleh pemilik asal boleh memberi kesan kepada tuan yang baru. Kucing tersebut liar atau tidak mesra dan akhirnya hasrat anda membeli kucing untuk teman bermanja tidak kesampaian.

3. Pastikan nilai harga kucing yang dibeli berpatutan atau berbaloi. Anda tertipu jika membeli kucing dengan harga ribuan ringgit sedangkan kucing tersebut bukannya baka Pedigri (apa maksud Pedigri tu? Hehehe... Sempoiii akan terangkan dalam entri akan datang ye).

4. Seeloknya ada ikatan kontrak pembelian kerana ianya menjamin hak anda sebagai pembeli. Manalah tahu kot2 ada masalah genetic atau penyakit kronik pada kucing yang kita tak tahu. Dengan itu, segala masalah atau penipuan boleh diganti atau wang akan dipulangkan semula.

Kepada rakan2 yang berjinak-jinak memelihara kucing gebu dan comel, harap tips di'atas dpt membantu..

BICARA AWAL

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga sebuah blog khusus untuk memenuhi hobi dan minat Sempoiii tentang makhluk Allah bergelar kucing.

Sempoiii bukanlah pakar atau seorang profesional tentang kucing, cuma sekadar perkongsian ilmu bersama tentang dunia kucing ini terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak memelihara kucing (macam Sempoii), sama ada secara serius atau membantu kucing terbiar di'jalanan. Apa yang Sempoiii muatkan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan juga informasi yang diperolehi dari sumber bacaan internet dan buku.

Sudi-sudikanlah jadi followers blog ini jika berminat mengetahui pelbagai lagi tips (bakal menyusul dalam entri seterusnya) tentang pemeliharaan kucing.

Oklah, cukup sekadar di'sini dulu.. jumpa lagi di'entri seterusnya... :)