About Blog

My photo
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini khusus kepada mereka yang baru berjinak-jinak membela kucing. Tujuan blog ini diwujudkan berdasarkan pengalaman Sempoiii yang mengalami kesulitan pada peringkat awal membela kucing kesayangan (Boboi, Apek, Memey, Siti & Kitty) dan susah mendapat panduan sehingga tertipu. Kata orang, "Orang bodoh jadi mainan orang cerdik". Blog ini cuba disusun mengikut langkah demi langkah apa yang perlu diketahui tentang kucing dan cara/teknik membelanya. Tapi sepertimana dalam entri pertama, Sempoiii dah sebut, bukanlah kewujudan blog ini menunjukkan Sempoiii seorang yang pakar tentang kucing. Hanya perkongsian demi seorang pencinta kucing. Semoga bermanfaat.

29.12.11

KENAPA PERLU SUNTIKAN VAKSIN?

Ada sesetengah orang mengatakan, "Saya pun bela kucing jugak, tapi takde pun sampai nak bawak kucing dan habiskan duit ke klinik atau veterinar untuk suntik vaksin. Kucing saya ok je." Persoalannya, jika betul.. adakah anda pasti kucing anda betul2 ok? Sihat? Bagaimana dengan jangka hayat kucing tu pulak?

Suntikan VAKSIN sebenarnya menjadi isu juga kepada pembela kucing, malahan kadangkala ianya diragui. Diragui sebenarnya bukan disebabkan ketidakberkesanan suntikan vaksin tu, tapi ianya disebabkan siapa yang menyuntik dan ubat bagaimana yang digunapakai. Malah, sesama doktor haiwan pun berbalah tentang isu vaksin ni. Biasalah manusia, ada yang nak kaya cepat, jadi.. menipu orang pastilah langkah terbaik yang dilakukannya.

VAKSIN ialah sejenis virus, tetapi virus itu telah dilemahkan bertujuan untuk memberikan antibodi kepada kucing yang disuntik. Antibodi tersebut yang akan memberi perlindungan kesihatan kepada kucing supaya terhindar dari penyakit. Tapi perlu diingat, bukanlah bermaksud setelah disuntik kucing tersebut tidak langsung kena penyakit, cuma risiko dijangkiti penyakit2 yang membawa maut tiada.

Biasanya anak kucing bercerai susu ketika berumur 8 minggu, jadi kucing yang berumur 7 – 9 minggu sudah boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang diterima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh diberikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat. Jika suntikan dibuat terlalu awal dari tempohnya, antibodi daripada susu ibunya akan menyebabkan vaksin tidak berfungsi.

Jadual vaksinasi kucing:

Umur 7-9 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
-Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi Rabies

Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda hanya setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu diulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit. Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah:

-Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
-Rhinotracheitis dan Calicivirus
-Chlamydia
-Feline Leukemia
-Rabies

Ingat, semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada kucing.


Kos vaksinasi bergantung kepada klinik atau vet yang dikunjungi. Setakat ini harga termurah yang Sempoiii lakukan suntikan vaksin (vet swasta) berharga RM35 untuk seekor kucing dan termahal berharga RM55 seekor. Kalau nak murah boleh buat di klinik/hospital veterinar kerajaan, RM20 pun boleh dapat.

Berdasarkan pengalaman Sempoiii, susahnya untuk mencari kat mana klinik haiwan atau vet yang berdekatan. Jadi insya Allah di'entri2 akan datang nanti, Sempoiii akan cuba mencadangkan lokasinya terutamanya yang beroperasi di'sekitar Lembah Kelang ni.

Hmm.. apa salahnya berbelanja sedikit wang untuk kesihatan kucing kesayangan kita, kan...? :)

P.S: Oh ya sebelum terlupa, pastikan sebelum anda membeli kucing daripada individu atau petshop, minta kad kesihatan kucing tu daripada mereka. Lihat rekod sama ada kucing tersebut telah divaksin atau tidak. Kalau hanya tanya, diorang akan jawab, "..saya dah buat vaksin". Sempoiii pernah tertipu dua kali semasa membeli kucing (masa tu sangat dhaif ilmu), dah beli baru diberitahu oleh doktor vet supaya minta kad. Satu beli melalui internet, satu lagi beli di pameran kucing melalui ajk Kelab Kucing Malaysia (KMM).. dia yang cakap la, masa tu pun nampak dia mcm urusetia pameran tu. Itu yang terkilan sgt, sepatutnya dia yg nasihatkan org supaya tidak menipu.

Bila minta, kedua-dua owner bagi mcm2 alasan, kad hilang la.. kad ada cop sulit la.. so kata doktor tu, biasanya yang bagi alasan mcm tu diorang tak buat vaksin pun pada kucing tu, menipu je. Jadi berhati-hati semasa membeli.

4 comments:

  1. cmne nk tau kucing tu da vaksin ke lom..takot kang tervaksin 2 kali mati x??

    ReplyDelete
  2. if kucing sy lahir 24/11..mksdnya dh blh wt first vaccine kn

    ReplyDelete
  3. Kadang2 petshop akan suntik vaksin sendiri,beli kt vet ubat vaksin pastu dorg suntik kucing2 dorg.sbb tu kadang2 dorg ckp dh vaksin,tp kad dorg xbuat pn.sy dh pernah beli kucing kt petshop jenis mcmni.cuma kalo buat kat vet akn dpat cop dr vet la.tu yg xbest beli kt petshop yg pndai2 suntik sendiri ni sbb xda rekod kesihatan kucing kita..

    ReplyDelete