About Blog

My photo
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini khusus kepada mereka yang baru berjinak-jinak membela kucing. Tujuan blog ini diwujudkan berdasarkan pengalaman Sempoiii yang mengalami kesulitan pada peringkat awal membela kucing kesayangan (Boboi, Apek, Memey, Siti & Kitty) dan susah mendapat panduan sehingga tertipu. Kata orang, "Orang bodoh jadi mainan orang cerdik". Blog ini cuba disusun mengikut langkah demi langkah apa yang perlu diketahui tentang kucing dan cara/teknik membelanya. Tapi sepertimana dalam entri pertama, Sempoiii dah sebut, bukanlah kewujudan blog ini menunjukkan Sempoiii seorang yang pakar tentang kucing. Hanya perkongsian demi seorang pencinta kucing. Semoga bermanfaat.

24.12.11

BERHATI-HATI MEMBELI KUCING KESAYANGAN

Tentu ada antara rakan2 pembaca yang sedang mencari-cari kucing kesayangan untuk dibela, kan? Biasanya pembeli akan mencari kucing2 tersebut melalui internet seperti iklan2 di laman web jualan Mudah, blog2 berkaitan atau seumpamanya. Namun ada juga pembeli yang mencari kucing untuk dibeli di petshop atau terus melalui rakan2.

Tidak kiralah bagaimana cara sekalipun anda mahu mencari dan membeli kucing kesayangan tersebut, yang penting anda jangan tertipu dengan omongan kosong sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Baiklah, berikut panduan yang anda boleh ikuti sebelum mengeluarkan duit ribuan ringgit untuk membeli kucing idaman:

1. Jika pemilik petshop atau individu yg menjual kucing mengatakan bahawa kucing tersebut dari jenis Persian, Maine Coon atau mana2 kucing Pedigri.. sila minta sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh persekutuan kucing sedunia seperti CFA atau TICA sebagai bukti. Pastikan anda membeli kucing Pedigri dan bukannya kucing kacukan (mix) kalau benar2 mahu kucing yang berbaka baik.

Kebiasaannya kucing yang berada di petshop adalah kucing campuran yang dipanggil Domestic Long Hair (DLH) atau Domestik Short Hair (DSH). Pemilik petshop akan mengatakan bahawa kucing yang ada di'kedai mereka adalah asli (pure) Persian, Garfield, Maine Coon dan pelbagai lagi, tetapi tidak mempamerkan sijil kelahiran atau sijil pengiktirafan daripada CFA atau TICA. Jika demikian, kucing itu hanya domestic sahaja.

Apa yang menyakitkan ialah bila harga ditetapkan sehingga ribuan ringgit walaupun kucing itu bukannya asli daripada baka sebenar. Malahan ada di'antaranya tidak membuat sebarang rekod vaccination atau health guarantee.

2. Pastikan kucing yang anda mahu beli mempunyai rekod vaccination, deworm dan sijil/kad kesihatan. Ingat bahawa sesetengah penyakit kucing boleh berjangkit dan membawa maut, oleh itu pastikan kucing yg dibeli benar2 sihat sejahtera. Pastikan persekitaran petshop/rumah penjual bersih. Kucing yang tidak dijaga rapi atau tidak diberi kasih-sayang oleh pemilik asal boleh memberi kesan kepada tuan yang baru. Kucing tersebut liar atau tidak mesra dan akhirnya hasrat anda membeli kucing untuk teman bermanja tidak kesampaian.

3. Pastikan nilai harga kucing yang dibeli berpatutan atau berbaloi. Anda tertipu jika membeli kucing dengan harga ribuan ringgit sedangkan kucing tersebut bukannya baka Pedigri (apa maksud Pedigri tu? Hehehe... Sempoiii akan terangkan dalam entri akan datang ye).

4. Seeloknya ada ikatan kontrak pembelian kerana ianya menjamin hak anda sebagai pembeli. Manalah tahu kot2 ada masalah genetic atau penyakit kronik pada kucing yang kita tak tahu. Dengan itu, segala masalah atau penipuan boleh diganti atau wang akan dipulangkan semula.

Kepada rakan2 yang berjinak-jinak memelihara kucing gebu dan comel, harap tips di'atas dpt membantu..

4 comments: