About Blog

My photo
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini khusus kepada mereka yang baru berjinak-jinak membela kucing. Tujuan blog ini diwujudkan berdasarkan pengalaman Sempoiii yang mengalami kesulitan pada peringkat awal membela kucing kesayangan (Boboi, Apek, Memey, Siti & Kitty) dan susah mendapat panduan sehingga tertipu. Kata orang, "Orang bodoh jadi mainan orang cerdik". Blog ini cuba disusun mengikut langkah demi langkah apa yang perlu diketahui tentang kucing dan cara/teknik membelanya. Tapi sepertimana dalam entri pertama, Sempoiii dah sebut, bukanlah kewujudan blog ini menunjukkan Sempoiii seorang yang pakar tentang kucing. Hanya perkongsian demi seorang pencinta kucing. Semoga bermanfaat.

29.12.11

KENAPA PERLU SUNTIKAN VAKSIN?

Ada sesetengah orang mengatakan, "Saya pun bela kucing jugak, tapi takde pun sampai nak bawak kucing dan habiskan duit ke klinik atau veterinar untuk suntik vaksin. Kucing saya ok je." Persoalannya, jika betul.. adakah anda pasti kucing anda betul2 ok? Sihat? Bagaimana dengan jangka hayat kucing tu pulak?

Suntikan VAKSIN sebenarnya menjadi isu juga kepada pembela kucing, malahan kadangkala ianya diragui. Diragui sebenarnya bukan disebabkan ketidakberkesanan suntikan vaksin tu, tapi ianya disebabkan siapa yang menyuntik dan ubat bagaimana yang digunapakai. Malah, sesama doktor haiwan pun berbalah tentang isu vaksin ni. Biasalah manusia, ada yang nak kaya cepat, jadi.. menipu orang pastilah langkah terbaik yang dilakukannya.

VAKSIN ialah sejenis virus, tetapi virus itu telah dilemahkan bertujuan untuk memberikan antibodi kepada kucing yang disuntik. Antibodi tersebut yang akan memberi perlindungan kesihatan kepada kucing supaya terhindar dari penyakit. Tapi perlu diingat, bukanlah bermaksud setelah disuntik kucing tersebut tidak langsung kena penyakit, cuma risiko dijangkiti penyakit2 yang membawa maut tiada.

Biasanya anak kucing bercerai susu ketika berumur 8 minggu, jadi kucing yang berumur 7 – 9 minggu sudah boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang diterima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh diberikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat. Jika suntikan dibuat terlalu awal dari tempohnya, antibodi daripada susu ibunya akan menyebabkan vaksin tidak berfungsi.

Jadual vaksinasi kucing:

Umur 7-9 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
-Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu
-Pemeriksaan umum
-Vaksinasi Rabies

Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda hanya setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu diulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit. Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah:

-Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
-Rhinotracheitis dan Calicivirus
-Chlamydia
-Feline Leukemia
-Rabies

Ingat, semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada kucing.


Kos vaksinasi bergantung kepada klinik atau vet yang dikunjungi. Setakat ini harga termurah yang Sempoiii lakukan suntikan vaksin (vet swasta) berharga RM35 untuk seekor kucing dan termahal berharga RM55 seekor. Kalau nak murah boleh buat di klinik/hospital veterinar kerajaan, RM20 pun boleh dapat.

Berdasarkan pengalaman Sempoiii, susahnya untuk mencari kat mana klinik haiwan atau vet yang berdekatan. Jadi insya Allah di'entri2 akan datang nanti, Sempoiii akan cuba mencadangkan lokasinya terutamanya yang beroperasi di'sekitar Lembah Kelang ni.

Hmm.. apa salahnya berbelanja sedikit wang untuk kesihatan kucing kesayangan kita, kan...? :)

P.S: Oh ya sebelum terlupa, pastikan sebelum anda membeli kucing daripada individu atau petshop, minta kad kesihatan kucing tu daripada mereka. Lihat rekod sama ada kucing tersebut telah divaksin atau tidak. Kalau hanya tanya, diorang akan jawab, "..saya dah buat vaksin". Sempoiii pernah tertipu dua kali semasa membeli kucing (masa tu sangat dhaif ilmu), dah beli baru diberitahu oleh doktor vet supaya minta kad. Satu beli melalui internet, satu lagi beli di pameran kucing melalui ajk Kelab Kucing Malaysia (KMM).. dia yang cakap la, masa tu pun nampak dia mcm urusetia pameran tu. Itu yang terkilan sgt, sepatutnya dia yg nasihatkan org supaya tidak menipu.

Bila minta, kedua-dua owner bagi mcm2 alasan, kad hilang la.. kad ada cop sulit la.. so kata doktor tu, biasanya yang bagi alasan mcm tu diorang tak buat vaksin pun pada kucing tu, menipu je. Jadi berhati-hati semasa membeli.

20 comments:

  1. cmne nk tau kucing tu da vaksin ke lom..takot kang tervaksin 2 kali mati x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas vaksin pasti klinik akan bagi kad vaksin...macam baby...lepas cucuk doktor akan bagi kad cucuk...mana mungkin tervaksin 2x sebab tarikh vaksin berikut nya due pun ada ditulis

      Delete
  2. if kucing sy lahir 24/11..mksdnya dh blh wt first vaccine kn

    ReplyDelete
  3. Kadang2 petshop akan suntik vaksin sendiri,beli kt vet ubat vaksin pastu dorg suntik kucing2 dorg.sbb tu kadang2 dorg ckp dh vaksin,tp kad dorg xbuat pn.sy dh pernah beli kucing kt petshop jenis mcmni.cuma kalo buat kat vet akn dpat cop dr vet la.tu yg xbest beli kt petshop yg pndai2 suntik sendiri ni sbb xda rekod kesihatan kucing kita..

    ReplyDelete
  4. Saya sudah vaksin kucing saya 2x ... Spttnya setiap bulan saya perlu vaksin kan kucing saya ... Tapi sya dah miss sebulan untuk vaksin kan kucing sya ... Ada kesan sampingan apa2 ka ? And knapa bila kucing saya divaksin dia selalu muntah2 and berak cair .. 2x vaksin 2x tu jgak perkara sama brlaku dgn kucing sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same mcm kucing saya jugak . Macam mana eh ? Adakah ia normal ? Please respond me 🙏🏻

      Delete
    2. kalau mcm ni kne bwk g jmpe vet balik takot kne infection.. my cat dh 2 kali vaksin.. ok je.. tgu lg sekali hujung thun plk

      Delete
  5. Nak tnya. Klu kucing lewat 3 hari kena vet tkda ape2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je....jgn lewat sampai 1 mnggu dahlah....kalau dh delay 1 bulan lebih nnti yg dh vaksin sebelum tu dah kena ulang semula

      Delete
  6. asalam..nk tanye. bila tarikh yg sesuai untuk 1st time vaksin. Kucing sy lahir 28 september 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dh berumur 9 minggu dan ke atas...tapi kena tengok juga kalau berat nya x cukup, kena tunggu cukup berat baru boleh vaksin.kadang2 berat badan kurang 800gram memang x boleh vaksin walaupun dh lebih 9 minggu

      Delete
  7. Kalau kucing dh besar ,tak pernah vaksin lgi ..boleh vaksin dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...bawa je utk vaksin tapi vet kena cek dulu...kalau dia x sihat mmg x boleh vaksin..kena betul2 sihat baru boleh...kalau dah vaksin 2x baru boleh buat pemandulan

      Delete
  8. kucing saya 6 bln baru 2 minggu divaksinkan tpi skrang dh selsema terok sngat spai terbatuk2 kuar lendir kenapa ye..

    ReplyDelete
  9. Kebiasaan nya berapa kos untuk 1 suntikan dan ianya perlu diberikan berapa kali untuk sentikan pertama?

    ReplyDelete
  10. Saya tinggal dekat Cyberjaya, mana vet yang terdekat nak bawa kucing untuk mendapat kan suntikan awal anak & ibu kucing, sbb sya bela stray cat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik kittys care dkt presint 8 putrajaya harga ok sgt...rm50 combo dpt vaksin, deworm & deflea.

      Delete
  11. Bulus saya antivac sama macam saya.. Amal minum madu jer sejak umur 3 bukan..
    Kena pantau hari2 laa jika terdapat kelakuan pelik.. Setakat nie xde lagi..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. Ada penyakit2 dalaman yang kita tak tahu..kucing nampak ok diuar tapi bila buat ujian darah, baru tau byk penyakit2 dalaman. Bila sakit dan perlukan admission, takut juga dapat kuman dari kucing2 lain yg sakit semasa berada di hospital/klinik.

    ReplyDelete
  13. Sy baru ambil kitten umur 4/5bulan mcmtu tp tk pernah divaksinkan. sy bawak vet doc ckp tk boleh vaksin sbb dia demam. doc just bg suntikan ubat cacing/kutu/gatal. is thats okay? sy risau sbb badan dia still panas 🥺

    ReplyDelete